Computer Videos

Penubuhan Pakatan Rakyat

Back


Petaling Jaya, 1 April - Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini mengumumkan hasrat untuk membentuk Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti tersebut. Selepas sebuah mesyuarat di pejabat Anwar Ibrahim yang dihadiri antara lain oleh Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebuah kenyataan dibuat yang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin tersebut mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti atas nama Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara" kata kenyataan yang ditandatangani oleh empat pemimpin utama tiga parti tersebut. Kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan kini dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat. Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti turut akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008. Selain itu, struktur Pakatan Rakyat akan diperkemaskan dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

Category: News
Uploaded: April 1st, 2008 @ 9:29 am
Author: keadilantv

Length: 02:15
Rating: Whole StarWhole StarWhole StarWhole StarWhole Star
Views: 14,152

Tags: dap keadilan kedah kelantan pakatan pas perak pinang pulau rakyat selangor

Related Video Links:


» View Video Comments For Penubuhan Pakatan Rakyat
» View keadilantv's Other Uploaded Videos

Video Thumbnails:


Thumbnail #1 Video Thumbnail #1:

Thumbnail #2 Video Thumbnail #2:

Thumbnail #3 Video Thumbnail #3:



Video Embedding Code:


Video Url:


Embed Code:

* Embed this video on your website, social bookmark, myspace, or blog.